25 & 26 Jun 2022 (Sabtu & Ahad) - Jabatan Belia Dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah melaksanakan Team Building Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Peringkat Zon Tengah 2022 bertempat di Teluk Batik.Antara objektif utama program ini adalah untuk memperkasa SRM IPT disetiap IPT terutama di zon tengah iaitu di Negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memupuk keserasian diantara Penasihat dan Ahli-ahli SRM IPT yang terlibat.Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bhg. Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara.Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan memberi keyakinan untuk membawa program-program yang berimpak tinggi kepada belia-belia di IPT secara khususnya dan komuniti setempat secara amnya.#TeamJBSPerak#JBSNBersama#SekretariatRakanMudaIPT#RakanMuda