IPOH, 24 Februari 2021 - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Perak sedang melaksanakan Program Bantuan Sumbangan Keperluan Makanan kepada atlet-atlet Para SUKMA Negeri Perak yang terkesan dan terjejas sumber pendapatan akibat penularan wabak Covid-19. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban atlet dan seterusnya menjadi motivasi untuk terus meningkatkan prestasi mereka.

Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak