17 Julai 2022 (Ahad) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Aktif #JOMAKTIF Peringkat Negeri Perak 2022 bertempat di Taman Tasik Taiping. Dengan tema Rakan Cinta Alam, program telah berlangsung dengan cukup meriah dengan penglibatan belia-belia dari sekitar bandar Taiping.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mengecat tiang roman, projek bangku taman, projek keceriaan Zoo Taiping, projek keceriaan di sekitar Taman Tasik Taiping serta projek mural. Program ini telah dirasmikan oleh YDP Dewan Negeri Perak, YB Dato' Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Cawangan Kesukarelawan Bhg. Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Tn. Nik Mohd Marzuki Bin Hj Nik Mat.