PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI - TAKLIMAT PENDIDIKAN ASAS ANTI DOPING
- Butiran
- Pentadbir JBS Perak
- Jumlah paparan: 156
Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah menganjurkan Program Pembangunan Komuniti - Taklimat Pendidikan Asas Anti Doping secara hibrid melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini melibatkan seramai hampir 200 orang peserta yang hadir secara atas talian dan terdiri daripada wakil persatuan sukan, persatuan sukan OKU, jurulatih, pegawai Majlis Sukan Negeri Perak dan pegawai-pegawai belia di seluruh negeri Perak.