Program Khatam Al-Quran dan Iftar Rakan Muda Ramadan.

Program dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran melibatkan anak muda dari 17 daerah seluruh negeri Perak dengan kerjasama Masjid Al-Ansar, Meru, Ipoh.
Majlis penutup disudahi dengan sesi berbuka puasa, berterawih dan moreh bersama.
Turut bersama, Ketua Pengarah JBSN , Tuan Mohd Azhari Mohammad.
 
Program Rakan Muda Ramadan adalah antara program ikonik kementerian yang telah diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu dan masih kekal dilaksanakan sehingga kini. Pengisian utama program ini terdiri daripada tadarus dan khatam al-quran yang melibatkan 116 daerah seluruh negara.