IPOH, 10 Mac 2021 - Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menjayakan Program Kayuhan Ziarah sempena Jelajah BSKM Daerah Kerian. Kayuhan yang diketuai oleh YB Khairul Shahril bin Mohamed, EXCO Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak bersama Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak turut diiringi oleh pemimpin belia setempat serta pegawai-pegawai belia dan sukan.

Kayuhan ini melibatkan jarak 15km sekitar Parit Buntar dan 12km sekitar Bagan Serai. Seramai 10 orang asnaf di Parit Buntar dan 10 orang asnaf di Bagan Serai telah disantuni dan diberikan sumbangan kotak makanan semasa kayuhan ziarah ini. Rombongan kayuhan seramai 10 orang ini juga berkesempatan melawat Pusat Internet Komuniti bagi meninjau aktiviti-aktiviti yang dijalankan disamping beramah mesra bersama usahawan tempatan. 

Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak