MUALLIM, 07 April 2021 – Pejabat Exco Belia, Sukan,Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim telah menganjurkan program Jelajah Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia(BSKM) pada 7 April 2021 bertempat di Felda Gunung Besout dan Kampung Kuala Slim. Program ini disertai oleh YB Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, YB Encik Khairul Syahril Mohamed , Penolong Pengarah bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Mohd Khairol bin Kamis, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim, Puan Siti Nurbaya binti Zambri dan pengerusi Majlis Belia Daerah Muallim, Encik Azhari bin Abdullah Sani serta beberapa orang wakil persatuan belia di sekitar daerah Muallim. Kayuhan ini bermula dari Felda Gunung Besout menuju ke Kuala Slim di mana kayuhan tersebut juga turut diselangi dengan Program Penyerahan Sumbangan kepada golongan Asnaf yang berada di sekitar kawasan kayuhan.

 

DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MUALLIM