TELUK INTAN, 27 NOVEMBER 2019 (RABU) – Hospital Teluk Intan dengan kerjasama Persatuan Amal Isteri Harapan (Kasih) telah menganjurkan Program Kasih yang diadakan di Hospital Teluk Intan. Pelbagai acara telah disusun yang dimulai dengan acara Senamrobik, Funwalk 10,000 Langkah, Pameran dari bahagian Kesihatan, Pameran Proses Pendermaan Darah, Kempen Kesedaran Derma Organ, Demo CPR, Jom kenali Ubat, Persembahan Buskers, Cabutan Bertuah dan Forum bertajuk – Derita dalam Senyap. Program ini dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Dr Nomee Ashikin bt Dato’ Mohammed Radzi selaku Pengerusi Kasih Perak. YABhg. Datin Seri turut membuat lawatan ke pameran–pameran yang sedia ada. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan tamat sekitar jam 1.00 petang.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak