BAGAN DATUK – 22 FEBRUARI (SABTU)- Pejabat Penerangan Teluk Intan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bagan Datuk dan Majlis Perbandaran Teluk Intan telah mengadakan satu Program Info On Wheels telah diadakan di Dataran Waterfront Bagan Datuk pada 22 Februari 2020 bermula pada jam 9.00 pagi.Program ini berkonsepkan kemasyarakatan ini kerana segala aktiviti dan kesemua pameran diadakan secara percuma.Antara aktivti yang disediakan ialah pertandingan karaoke,gunting rambut percuma,pameran agensi kerajaan dan lain-lain lagi.Program ini telah berjaya menarik pengunjung setempat lebih kurang 200 orang termasuk melayu cina dan india.Program ini dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Teluk Intan dan juga turut hadir membuat lawatan santai Orang Besar Jajahan Bagan Datuk.

 

Disediakan oleh PBSD Bagan Datuk