Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Lenggong telah menganjurkan Program Fresh2Fit 2022 - Ekplorasi Gua Lenggong bertempat di Gua Kajang Lenggong. Program ini telah berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada ahli persatuan belia setempat dan pelajar IPTA Tempatan. Program ini melibatkan elemen gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan, kembara gua dan mendaki di samping menerapkan nilai cinta alam dengan aktiviti mengutip sampah sarap. Sebanyak 5 buah gua yang telah berjaya diterokai seperti Gua Memerang, Gua Ular, Gua Ngaum, Gua Asar dan Gua Kajang dengan kerjasama pemandu arah daripada Kelab Ekplorasi Lenggong. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohd Noor Azam bin Ismail Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Sebagai sebuah daerah yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO diikuti pengiktirafan sebagai Lenggong Geopark, diharapkan program seperti ini akan membantu merancakkan lagi aktiviti sukan, rekreasi dan pelancongan bagi daerah Lenggong. Semoga program ini terus mendapat sokongan dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat terutama golongan belia ke arah membentuk sebuah Keluarga Malaysia yang sihat, cergas dan sejahtera.