IPOH PERAK, 10 DISEMBER 2019 - c4 Centre dengan kerjasama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan bersama Pusat Aspirasi Anak Muda (PASAK) telah mengadakan Program Forum Peranan Belia dalam Meningkatkan Tadbir Urus. Program ini telah dihadiri seramai 200 orang belia dan Penjawat Awam Negeri Perak. Program ini diharapkan dapat dilaksanakan lagi bagi meningkatkan tadbir urus agar lebih telus. Program ini turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Belia dan Sukan iaitu YB Howard Lee Chuan How.


Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak