PROGRAM FIT AND ACTIVE FAMILY 2022 Program Fit and Active Family 2022 berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Taman Tasik Taiping Perak. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Majlis Perbandaran Taiping, KEMAS Negeri Perak, LPPKN Negeri Perak dan Global Sports. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di antaranya Fun Run Family Active, Senamrobik Family Active, Penalti Futsal, Netball Shooting, Pertandingan Karom dan Congkak. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya pengunjung Taman Tasik Taiping. Hadir menyempurnakan program YB Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, Encik Nik Mohd Mazuki bin Hj Nik Mat Pengarah Cawangan Pembangunan Kesularelawan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara dan YBrs Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas selaras dengan matlamat membentuk sebuah Keluarga Malaysia yang sejahtera.