9 Januari  2021 – Sabtu,Selama Perak. 

Pertandingan E-Sports PES 2021 Peringkat Dun Batu Kurau telah dijalankan dengan jayanya melibatkan 24 pemain yang bertanding yang melibatkan pemain-pemain daripada Perak,Penang & Kedah.Pertandingan ini merupakan anjuran daripada Kelab Elektronik Batu Kurau (BESC) dengan kerjasama Pejabat Khidmat ADUN Batu Kurau,Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama & Pemuda UMNO Bahagian Larut.

Tn.Azlan Dato Ali,mewakili Adun Batu Kurau,Dato’ Dr Muhammad Amin Bin Zakaria dan Sdr Khairul Anuar,Ketua Pemuda UMNO Larut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan PES 2021.

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk mengisi ruang masa lapang golongan remaja serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta.Pertandingan ini mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak MKN berikutan suasana Pendemik Covid-19.Kita jaga kita dan Tiada Alasan untuk tidak bersukan.

Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama