BAGAN DATUK – 23 FEBRUARI (AHAD- Badminton Bayan Club,Kg Tanjung Bayan telah mengadakan satu Pertandingan Liga Badminton daerah Bagan Datuk pada 22-23 Februari 2020 bertempat di Dewan Badminton Kg.Bayan,Bagan Datuk.Pertandingan ini dibuat atas dasar mengeratkan silaturahim antara belia-belia dan warga tempatan setempat disamping mencukil bakat belia yang ada di kampung.Pertandingan ini Berjaya melibatkan pelbagai pihak dan peringkat tanpa mengira umur,bangsa dan agama kerana telah melibatkan peserta dari kalangan masyarakat melayu,cina dan india.Program ini tamat pada jam 2.00 pagi (Isnin) selepas penyampaian hadiah disempurnakan oleh Cik Putri Farah Md Kamal wakil pegawai belia dan sukan daerah Bagan Datuk.

 

Disediakan oleh PBSD Bagan Datuk