BAGAN DATUK- 5 FEBRUARI 2020 ( RABU ) – Terdapat 10 kemudahan gelanggang futsal dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di daerah Bagan Datuk yang tiada penyelenggaraan dan penggunaan yang perlu dibuat perlupusan secara serahan kepada pihak yang sepatutnya. Satu perbincangan antara pihak Pejabat Belia dan Sukan daerah Bagan Datuk dan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk. Setiap daerah di Negeri Perak ini mempunyai kemudahan gelanggang futsal ini dan perlu dilakukan perlupusan secara serahan untuk mengelakkan kerosakkan yang lebih teruk dan dibiarkan terbiar tanpa penjagaan oleh pihak yang sepatutnya disesuatu tempat dan kawasan. Perbincangan ini juga dibuat untuk memastikan dan mengesahkan status kedudukan tanah, pemilikan tanah dan faktor-faktor lain yang terlibat dalam proses perlupusan mengikut prosedur  yang telah ditetapkan.