IPOH, 17 Februari 2021 - YBrs. Tuan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dan penerangan ringkas bersama YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak berkenaan penubuhan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu belia setempat, pelaksanaan dan penyelarasan program/aktiviti yang bersesuaian bagi memperkasakan belia dan sukan di peringkat negeri. Turut hadir Timbalan Pengarah Belia dan Pegawai Pembangunan Kepimpinan semasa sesi perbincangan tersebut.

Disediakan Oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak