Selama, 6 Februari 2020 -  Pemeriksaan pelupusan aset telah dijalankan  di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama. Ia adalah bertujuan untuk pelupusan bagi beberapa aset harta modal yang telah rosak dan tidak dibaiki lagi. Kehadiran pegawai pelupusan aset yang dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak iaitu En.Syahmi dan En.Kamaruddin.

Turut bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama serta semua kakitangan Pejabat belia dan Sukan Daerah Selama. Pegawai pelupusan juga sempat berkongsi pengalaman berkaitan tatacara pelupusan aset. Pemeriksaan pelupusan aset harta modal bagi daerah Selama tidak mempunyai sebarang komen dan mengikut tatacara pelupusan aset yang betul serta dilaksanakan mengikut prosuder yang telah ditetapkan.

Disediakan Oleh: PBSD Selama