15 SEPTEMBER 2021, IPOH-Hari ini merupakan sejarah yang tercipta bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Majlis Sukan Negeri Perak yang telah bekerjasama menyediakan satu Cadangan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) Negeri Perak. Cadangan dasar ini telah dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Haji Saarani bin Haji Mohamad Menteri Besar Perak.

Cadangan Dasar Pembangunan Sukan OKU Negeri Perak ini telah diterima dengan baik dan mendapat respon yang amat positif daripada ssmua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak terutamanya YAB Menteri Besar Perak. Dasar ini merupakan inisiatif hasil cetusan idea YB Khairul Shahril Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh semua penggiat sukan OKU khususnya Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak - Pesron PERAK
Diharapkan hasrat untuk melaksanakan dasar ini akan dapat direalisasikan demi pembangunan dan kecemerlangan sukan OKU di negeri Perak.