5 Disember 2020 (Sabtu) | Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak
 
Telah berlangsung pelancaran Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Perak 2020. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jab. Belia & Sukan Negeri Perak yang mewakili YB Tn. Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi J/K Belia, Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak.
 
Majlis pelancaran telah diadakan secara virtual dan telah disiarkan melalui laman Facebook Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak serta
GEMA Perak
 
Setelah selesai majlis pelancaran, Sukarelawan Rakan Muda meneruskan misi menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terjejas di Flat Ashby Road. Terima kasih kepada GEMA Perak dalam inisiatif mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan yang sudi melibatkan diri dalam program ini.
Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran serta program penyampaian sumbangan.

HKBM Peringkat Negeri Perak akan bersambung pada 12 Disember 2020. Di antara program yang telah dirancang adalah penyampaian sumbangan kepada keluarga-keluarga terjejas akibat bencana banjir serta kempen kesedaran Covid-19 (edaran face mask dan hand sanitizer).

Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak