PASUKAN VETERAN SELAMA JOHAN PERTANDINGAN LIGA LEGENDS CUP 2019
- Butiran
- Pentadbir JBS Perak
- Jumlah paparan: 287
SELAMA PERAK, 08 DISEMBER 2019 (SABTU) - Pasukan Veteran Selama telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Liga Legends Cup bagi tahun ini. Perlawanan di antara Pasukan Cliffordian FC Kuala Kangsar dan Veteran Selama berkesudahan dengan keputusan di mana pasukan Veteran Selama berjaya menewaskan pasukan Cliffordian dengan jaringan 5-1. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim melalui amalan gaya hidup sihat. Diharap program ini akan diteruskan lagi bagi memartabatkan lagi sukan bola sepak di Negeri Perak.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Selama