LANGKAP, 07 JANUARI 2021 (Khamis) – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Hilir Perak dan Sukarelawan Rakan Muda Hilir Perak telah menggerakkan usaha membantu mangsa banjir di Chikus, Langkap yang terjejas banjir. Misi tersebut diselaraskan oleh Cik Aimy Nabilla Mohamad Yusof, Yang di-Pertua GPMS Hilir Perak yang turut disertai oleh seramai tiga puluh (30) orang ahli GPMS meliputi kerja-kerja pembersihan di rumah–rumah, Perpustakaan, Dewan dan beberapa lokasi lagi. Selain itu bantuan dan sumbangan turut disalurkan kepada penduduk-penduduk yang terjejas.

 

Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak