24 FEBRUARI 2021 BAGAN DATUK - Mesyuarat Tapak Bil.32 Projek Pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk Perak yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ismail bin Mahmud Jurutera Daerah JKR Hilir Perak. Turut hadir Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.

Sesi lawatan tapak projek turut dilaksanakan bagi meninjau status pelaksanaan projek yang dijangka siap sebelum bulan Jun 2021. Semoga semua urusan pembinaan kompleks ini berjalan dengan lancar demi kepentingan rakyat dan pembangunan sukan di negeri Perak.

Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Bagan Datuk