27 Mei 2022 (Jumaat) - Telah berlangsung satu mesyuarat bagi penyelarasan bersama pihak IPT terlibat iaitu UiTM Seri Iskandar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan UniKL MIMET bagi program Pengupayaan SRM IPT.

Program ini menjurus kepada keterlibatan ahli-ahli SRM IPT dalam melahirkan program yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat dan komuniti.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Manjung, En. Tines Kumar, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Perak Tengah, En. Mohd Shafiq serta Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muallim, Pn. Siti Nurbaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda, En. Mohd Halifi.