BAGAN DATUK -22 DISEMBER 2020 (SELASA)-Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk,satu Mesyuarat Penyelarasan Majlis Penutup Program Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita telah diadakan pada kam 11.00 pagi dan dipengerusikan oleh Ybrs.Encik Basharul hafiz Saat Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.

Program Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita ini berlangsung selama 8 hari bermula pada 27 Disember 2020 dan berakhir pada 3 Januari 2021 yang bermula di Tasik Banding,Gerik,Perak dan berakhir di Jeti Beting Beras Basah,Bagan Datuk,Perak.Perjalanan kayuhan kayak solo wanita ini sejauh 350km dan apa yang lebih menarik program ini akan dicatatkan di The Malaysian Book of Record.program ini dianjurkan oleh Perak Solo Kayaker Paddlers Association (PASKAT) dengan kerjasama ramai pihak antaranya  Pejabat Daerah dan Tanah,KBS,PDRM,JKR,APM,Bomba,RELA,Pejabat Penerangan dan lain-lain lagi.

Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk