HILIR PERAK, 25 Mac 2021- Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bangunan Persekutuan Teluk Intan,telah diadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Lawatan Kerja YB Senator Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara,Kementerian Belia dan Sukan ke daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak dan turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.

Lawatan kerja ini akan diadakan pada 28 Mac 2021 (Ahad) bertempat di dua daerah iaitu di Bagan Datuk dan Hilir Perak.Di Bagan Datuk Ybhg.Dato’ Ketua Pengarah akan melawat Tapak Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Bagan Datuk yang dijangka siap sepenuhnya pada Jun dan selewatnya awal Julai ini.Seterusnya beliau akan terus ke Bethany Home Hutan Melintang untuk berprogram bersama YB Senator Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan seterusnya akan berprogram di Hilir Perak pada petang ahad tersebut.

Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan menyelaras semua aktiviti dan perjalanan program pada ahad tersebut dengan kerjasama beberapa agensi yang utama iaitu Pejabat Daerah,JKR,MPTI,PKD,Pejabat Agama Daerah dan beberapa agensi yang lain.

 

 DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BAGAN DATUK