IPOH PERAK, 13 DISEMBER 2019 (JUMAAT) – YB. Menteri Belia telah menerima surat daripada YAB. Menteri Besar Perak bagi pertukaran lokasi membina Kompleks Sukan Pasir Panjang, Lumut, Perak ke Daerah Kinta, Mukim Hulu Kinta bersebelahan Shell Batu 4, Tambun, Perak. Susulan daripada itu, satu mesyuarat penyelarasan dan lawatan tapak berkaitan dengan perkara tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 2, Kompleks Belia dan Sukan, Ipoh, Perak pada 13 Disember 2019, Jumaat, pukul 03.00 petang hingga 04.00 petang dan seterusnya membuat lawatan tapak tanah cadangan di Tapak Tanah LAP, Mukim Hulu Kinta Bersebelahan dengan Shell Batu 4, Tambun, Perak pada pukul 04.30 petang hingga 05.30 petang.


Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak