IPOH PERAK, 5 DISEMBER 2019 (KHAMIS) - Satu Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bil. 5/2019 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 2 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Setiap bahagian telah melakukan pembentangan yang merangkumi bahagian Pentadbiran, Kewangan, Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Rakan Muda. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Belia, Penolong Pengarah Sukan, Penolong Pengarah Rakan Muda dan pegawai-pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah.


Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak