IPOH, 30 JUN 2020-Mesyuarat Pengurusan Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak Bilangan 3/2020 bersama Jurulatih dan Pengurus Pasukan yang dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah diadakan pada 30 Jun 2020 jam 3.00 petang bertempat Bilik Mesyuarat Utama JBS Perak. Mesyuarat berkala ini telah diadakan bagi membincangkan program latihan yang telah dijalankan sepanjang pelaksanaan PKPP dan perancangan program persediaan ke Para SUKMA Johor 2020.