BAGAN DATUK -24 DISEMBER 2020 (KHAMIS)-Mesyuarat Pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk telah diadakan di Pejabat Tapak Pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk pada 10.30 pagi.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Jurutera Daerah Jabatan Kerjaraya Hilir Perak.Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk dan pihak kontraktor pembinaan.Mesyuarat ini membentangkan kemajuan pembinaan kompleks sukan ini oleh kerana pembinaan ini dijangka siap pada April 2021 kelak.Oleh itu mesyuarat ini perlu dilaksanakan untuk membentangkan segala perihal bagi mengelakkan sebarang permasalahan dalam proses pembinaan kompleks sukan ini.

Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk