BAGAN DATUK, 15 DISEMBER 2019 (SELASA) - Mesyuarat Pembinaan Kompleks Sukan Daerah Bagan Datuk telah diadakan di Jabatan Kerja Raya Daerah Hilir Perak (Hari ini) bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Fateh JKR Hilir Perak pada jam 9.30 pagi. Mesyuarat ini Dipengerusikan oleh Pengarah JKR Negeri Perak dan turut hadir Jurutera Daerah JKR Hilir Perak dan Pegawai Belia Sukan Bagan Datuk. Mesyuarat ini bertujuan untuk pihak kontraktor pembinaan mengemukakan laporan pembinaan dan laporan keselamatan kerja yang melibatkan pembinaan, ini bertujuan memastikan tiada sabarang permasalahan yang besar timbul sepanjang proses pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk ini. Kompleks Sukan Bagan Datuk ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2020 dan bakal beroperasi pada hujung tahun 2020 kelak.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk