SLIM RIVER, 4 DISEMBER 2019 – Pada hari ini jam 10.00 pagi satu Mesyuarat Jawatankuasa Program “HSR dan AMO Health Run 2020 Bil. 3/2019" telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Hospital Slim River dan dipengerusikan oleh Dr. Adibah Binti Haron selaku Pengarah Hospital Slim River merangkap Pengerusi Kelab Sukan Perubatan dan Kebajikan (KeSuPerK). Beberapa Agensi Kerajaan dijemput hadir bagi membincangkan hal-hal berkaitan program ini antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Majlis Daerah Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan PBSD Muallim. PBSD Muallim telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sesi senamrobik. Program ini dijadualkan berlangsung pada 21 Mac 2020 bertempat di Kompleks Sukan UPSI dan kawasan sekitar Proton City. Terdapat beberapa kategori-kategori larian yang akan dipertandingkan yang merangkumi 5km Fun Run, 10km dan 21km.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim