23 SEPTEMBER 2021, IPOH- Menjelang sambutan Hari Sukan Negara yang bakal berlangsung secara serentak di seluruh negera, satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sukan Negara (HSN2021) Peringkat Negeri Perak telah diadakan secara atas talian dengan melibatkan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan di negeri Perak termasuk Pegawai-Pegawai Daerah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, wakil persatuan sukan dan pertubuhan belia negeri Perak.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Encik Khairul Shahril Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak. Turut hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak. Semoga segala inisiatif dan program yang dirancang sempena sambutan HSN2021 ini akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Sama-sama kita nantikan dan sertai program-program yang bakal dilaksanakan.