22 MEI 2022- SUNGAI SIPUT- Malaysia Sports League (MSL) 2022 kembali lagi dengan penganjuran MSL 2022 Bola Keranjang Peringkat Daerah Sg Siput. Berlangsung dengan penuh meriah di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Sg Siput melalui kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sg Siput dan Sg Siput Basketball Team (SBT).
 
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memenangi kejohanan ini dan terima kasih di atas sokongan semua pihak yang menjayakan MSL 2022 Peringkat Daerah Sg Siput.
 
Moh terus semarakan sektor sukan dan rekreasi dengan menyertai MSL 2022