22 MEI 2022- KAMPAR, Sungguh meriah dengan penyertaan penggiat sukan bola keranjang di Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Kampar Perak. Begitu ramai belia-belia yang menyertai MSL 2022 Peringkat Daerah Kampar ini telah merancakan kembali sektor sukan dan rekreasi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua yang terlibat menjayakan MSL 2022 ini. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
 
Moh sama-sama kita meriahkan kembali sektor sukan dan rekreasi sebagai sebuah Keluarga Malaysia.