22 MEI 2022, GERIK- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak telah menganjurkan Malaysia Sports League (MSL) 2022 Bola Keranjang Peringkat Daerah Hulu Perak bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Kuala Rui Gerik.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan MSL 2022 Peringkat Daerah Hulu Perak dengan penuh meriah.