22 MEI 2022- TAPAH, Batang Padang merupakan salah satu destinasi penganjuran Malaysia Sports League (MSL) 2022 Negeri Perak. Penganjuran MSL 2022 Peringkat Daerah Batang Padang ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan ramai belia-belia setempat.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua yang terlibat menjayakan MSL 2022 yang telah diadakan di Dewan SJKC Chong Hua 2.
Moh sama-sama kita meriahkan kembali sektor sukan dan rekreasi sebagai sebuah Keluarga Malaysia.