28 Mei 2022 – Sabtu,Selama Perak.Pertandingan Malaysia Sports League (MSL) Bola Jaring Peringkat Daerah Selama 2022 telah berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pasukan yang bertanding daripada Dun Selama,Kubu Gajah dan Batu Kurau.Pertandingan ini diadakan di Dewan Serbaguna Taman Cempasari.Pertandingan ini dengan kerjasama PERKEB Ipd Selama agar pertandingan dapat dijalankan dengan sempurna.

 
Objektif Malaysia Sports League (MSL) diadakan adalah untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan terutama di Selama,Kubu Gajah dan Batu Kurau selain daripada untuk menggalakkan masyarakat membudayakan aktiviti sukan.