MAJLIS RAMAH MESRA YB SENATOR WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERSAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK.
- Butiran
- Pentadbir JBS Perak
- Jumlah paparan: 476
KAMUNTING, 30 MAC 2021- Bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Larut Matang telah berlangsunya Majlis Ramah Mesra YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia Bersama Pegawai dan Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kebesaran Negeri Perak serta ucapan aluan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan diteruskan dengan sesi dialog bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Majlis ini turut diraikan dengan penyampaian sijil penghargaan Perkhidmatan kepada dua orang pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang telah bersara wajib.
Diakhir majlis YB Timbalan Menteri telah berkenan untuk menanam pokok sebagai gimik lawatan tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : PBSD LARUT MATANG