MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM RAKAN MUDA EXXO CAMP PERINGKAT ZON TENGAH 2022

24 Julai 2022 (Ahad) - Seramai 40 orang peserta terdiri dari kalangan pelajar-pelajar sekolah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Selangor dan Negeri Perak telah menyertai program ini. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak serta Selangor dengan sokongan penuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini bertujuan untuk membentuk jati diri dan intervensi masalah sosial dikalangan peserta-peserta terlibat. Pelbagai pengisian menarik seperti jelajah hutan, latihan dalam kumpulan, ceramah dari AADK, PDRM dan lain-lain telah diadakan selama 4 hari 3 malam program ini berlangsung.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Puan Azura Bt Hj Sarbin, Timb. Ketua Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negara. Hadir bersama, Tuan Asmori Bin Hj Shaari, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.