KG GAJAH, 10 APRIL 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah KG Gajah dengan kerjasama Pejabat ADUN Kampung Gajah, Pejabat Daerah Kampung Gajah, JKR Daerah Perak Tengah, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah, agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Jawatankuasa Penduduk Kampung Chenderung Kelubi Kampung Gajah telah melaksanakan program Myfit @ Luar Bandar Negeri Perak. Program ini melibatkan penyertaan 13 pasukan bagi acara sepak takraw dan 9 pasukan bagi acara bola jaring yang terdiri daripada masyarakat luar bandar khususnya komuniti orang asli.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah dissmpurnakan oleh YB Datuk Dr Wan Norashikin bin Wan Noordin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak. Turut hadir sama Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Fadzil Hadri bin Mohd Nawawi wakil Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Norhisham bin Karno, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampung Gajah serta pegawai dan wakil jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
 
Semoga jalinan kerjasama di antara jabatan Kerajaan untuk menganjurkan program-program seperti ini akan terus diperkukuhkan demi untuk pembangunan dan kecemerlangan sukan di negeri Perak dan seterusnya mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat berbudaya sukan. Ini juga adalah bukti bahawa Kementerian Belia dan Sukan amat prihatin akan keperluan masyarakat di luar bandar untuk terus menyertai aktiviti sukan dan kecergasan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
 
 
DISEDIAKAN OLEH : JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK