IPOH,4 Februari 2021 (Khamis) - Majlis Penyerahan Insentif Bagi Program Pemerkasaan Dan Peremajaan Persatuan Belia Negeri Perak oleh YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak. YBrs. Tuan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak turut hadir dalam majlis serba ringkas ini.

2 wakil dari kelab-kelab serta persatuan-persatuan belia yang baru diwujudkan hadir bagi menerima insentif ini. Insentif yang diilhamkan oleh YB Khairul Shahril ini dijangka akan memangkin penubuhan persatuan-persatuan belia yang baru di Negeri Perak.

Disediakan Oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak