TELUK INTAN, 04 DISEMBER 2019 (Rabu) – Majlis Sukan Daerah dengan kerjasama Persatuan Sukan telah mengadakan majlis penyerahan bendera kontijen Sukan Perak 2019 bertempat di Dewan Pegawai Daerah Hilir Perak, Pejabat Daerah & Tanah Hilir Perak. Kesemua atlet serta pengurus pasukan dijemput sempena majlis penyerahan bendera dimana majlis ini dihadiri YB Dato’ Zainol Fadzi bin Paharuddin – ADUN Kawasan Sg Manik merangkap Penasihat Khas Menteri Besar Perak. Kata-kata semangat turut diberikan kepada para atlet dalam merangkul pingat emas yang diidamkan oleh semua atlet. Semoga para atlet berusaha bersungguh – sungguh demi mencapai matlamat dan membawa pulang kilauan emas untuk daerah Hilir Perak. Para Atlet juga melafazkan ikrar dalam menyertai kejohanan Karnival Sukan Perak 2019.


Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak