BAGAN DATUK -03 JANUARI 2021 (AHAD)-Bertempat di Arena Jeti Waterfront Bagan Datuk,telah diadakan satu Majlis Penutup Program Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita 2020.Majlis diadakan pada jam 10.00 pagi yang di sempurnakan oleh YB.Dato Shahrul Zaman Yahya,EXCO Industri Pelaburan & Pembangunan Koridor Negeri Perak merangkap ADUN Rungkup.Turut hadir sama ke majlis Ybhg.Datin Seri Dr.Nomee Ashikin,Penaung Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo,Ketua Penolong Pegawai Daerah Bagan Datuk,Ketua Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan ketua-ketua jabatan dan agensi di daerah Bagan Datuk.

Dayungan Kayak Solo Wanita ini dilakukan oleh Puan Nur Adila binti Hasan yang berjaya menamatkan dayungannya sejauh 361.4km yang bermula dari Tasik banding,Gerik dan tamat di jeti Beting Beras Basah,Bagan Datuk dan lebih menarik lagi apabila dayungan sejauh ini telah direkodkan di Malaysia Book Of Record.Dayungan ini mengambil masa selama hampir 8 hari yang bermula pada 27 Dis 2020 dan berakhir pada 3 Jan 2021.

Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk