BAGAN DATUK – 19 FEBRUARI (RABU)- Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah satu program khas dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang berada di bawah unit Rakan Muda.Program ini telah dilaksanakan diseluruh negeri dan daerah dan tidak terkecuali daerah Bagan Datuk.Daerah Bagan Datuk antara daerah yang melaksanakan ARPRM ini di sekolah yang melibatkan 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Tun Abdul Razak,Sekolah Menengah Khir Johari dan Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.Sekolah Menengah Tun Abdul Razak ( STAR ) telah mengadakan satu Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang melibatkan pelajar seramai 40 orang penerima anugerah 33 gangsa dan 7 perak.Penyampaian ini disempurnakan oleh wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk.Majlis ini dibuat bertujuan memberi semangat khas kepada pelajar yang terbabit untuk terus terlibat dalam program ARP khasnya dan KBS amnya.

Disediakan Oleh PBSD Bagan Datuk