MUALLIM, 06 April 2021 - Majlis Makan Malam YAB Menteri Besar Perak Bersama Belia dan Mahasiswa telah diadakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Muallim dengan kerjasama Pejabat ADUN Slim serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim yang menumpukan sepenuhnya terhadap belia-belia di sekitar kawasan Muallim. Turut hadir bersama adalah Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia iatu YB Encik Khairul Shahril Mohamed dan diiringi oleh  ADUN Slim, YB Encik Mohamad Zaidi Aziz yang turut menyampaikan penyerahan Kit Sukarelawan Sports Bubble dan MyVacine kepada wakil sukarelawan, Majlis Penyerahan Insentif Program Pemerkasaan dan Peremajaan Persatuan Belia Negeri Perak 2021 bagi daerah Muallim dan Batang Padang serta  penyerahan bendera kepada pasukan Petanque Daerah Muallim ke Karnival Sukan Perak (SUPER) Fasa 1/2021. Di samping itu, YB Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia turut mengumumkan senarai calon Dun Dewan Belia Negeri Perak bagi penggal 2021-2022.

 

DISEDIAKAN OLEH : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MUALLIM