AKTIVITI PROGRAM SEPANJANG BULAN APRIL 2022

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP IHYA RAMADAN 2022M / 1443H
 
Teluk Intan, 24 April- Bertempat di Masjid As Saadah Teluk Intan Perak telah diadakan Majlis Khatam Al Quran dan Penutup Ihya Ramadan 1443H.
Majlis yang dihadiri oleh seramai lebih 100 orang para peserta Tadarus Al Quran yang terdiri dari Kumpulan Muslimin/ Muslimat, Rakan Muda Ramadan/ Tunas Muda.
Seramai 20 orang peserta Tadarus Al Quran Rakan Muda turut diraikan pada majlis tersebut.
 
Majlis tersebut dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak, Tuan Hj Jamil Sepian, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak, Encik Mohamad Syahmi bin Mohd Anis dan Pegawai Perpaduan Daerah Hilir Perak, Encik Muhammad Syahmi Sazali bersama barisan Jawatankuasa Masjid As Saadah.
 
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak