IPOH, 8 JANUARI 2021 - Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Perpisahan Pelajar Praktikal di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Majlis memohon doa agar semua dilindungi oleh Allah swt daripada wabak Covid-19 dan bencana banjir yang melanda negara dan negeri Perak. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dijauhi daripada ujian ini inshaAllah. Majlis turut meraikan seramai lima (5) orang pelajar praktikal yang tamat latihan pada hari ini.

Di samping itu, semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak juga mengambil kesempatan untuk meraikan sambutan hari lahir kepada Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Semoga beliau sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Amin Ya Rab.

Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak