27 JANUARI 2021 - IPOH : Lawatan YB Khairul Shahril bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak ke Bilik Gerakan SOP Sukan dan Rekreasi Negeri Perak. Terima kasih diucapkan kepada YB Khairul Shahril bin Mohamed di atas sokongan yang diberikan dan lawatan tinjauan untuk melihat sendiri operasi bilik gerakan ini.

Kepada warga Perak yang ingin mendapatkan maklumat dan info terkini berkaitan SOP Sukan dan Rekreasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menghubungi Bilik Gerakan SOP Sukan dan Rekreasi Negeri Perak di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu menyampaikan maklumat serta memberi khidmat nasihat khususnya kepada penggiat sukan di negeri Perak.

Disediakan Oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak