TELUK INTAN, 26 FEBRUARI 2021 (Jumaat) –. Persatuan Kebajikan Amal Hilir Perak telah mengadakan lawatan tapak bagi program Tapak Bumi Hijau dimana melibatkan beberapa agensi iaitu  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Pengaliran dan Saliran Hilir Perak, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Hilir Perak serta River Cruise Teluk Intan

Pihak persatuan mengadakan kerjasama serta mendapatkan nasihat daripada beberapa agensi terlibat bagi membantu program kempen bumi hijau ini meliputi penanaman pokok yang bersesuaian di sepanjang dataran JPS Hilir Perak serta proses mengindahkan lagi persekitaran secara tidak langsung dapat  menarik minat pelancong untuk datang ke daerah ini.

 

Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak