SERI MANJUNG, 11 JANUARI 2021 (HARI) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung telah menjalankan satu lawatan pemeriksaan gelanggang futsal Taman Fasa 3A Seri Manjung berikutan telah menerima satu permohonan membaikpulih gelanggang tersebut daripada pihak KRT Seri Manjung VIII. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi memantau  dan dokumentasi kerosakan yang memerlukan baikpulih. Turut hadir ialah pihak pengurusan KRT Seri Manjung VIII selaku badan yang menyelia gelanggang tersebut bagi membincangkan masalah dan kerosakan gelanggang.



DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG